JPA Daily Buzz - Edisi 53 2026

Penghargaan Buat Dr. Yap Hock Ann m/s 1 Penulisan ini didedikasikan dengan penuh hormat kepada Dr. Yap Hock Ann, Timbalan Pengarah Kanan – TPBK(R) CPP. Pada hari ini, dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Dr. Yap telah diberikan ruang untuk menyampaikan sepatah dua kata. Hari ini merupakan hari Jumaat terakhir beliau dalam perkhidmatan. Minggu hadapan, beliau akan melangkah ke fasa persaraan setelah sekian lama berkhidmat sebagai pegawai awam. Ucapan beliau disampaikan dengan sangat indah. Tersusun. Tertib. Berstruktur dan sarat makna. Namun di sebalik kata-kata itu ada sesuatu yang lebih mendalam. Nada suara yang sedikit berat. Kelembutan yang tidak perlu dijelaskan kerana kadangkala, kita dapat merasakan apa yang tersirat walaupun ia tidak diungkapkan. 24 April 2026 Edisi 53/ 2026 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy