JPA Daily Buzz - Edisi 52 2026
m/s 1 Behind every story, there is a team that works with heart. The Pulsekeeper Dr. Diyana Hassim The VisionWhisperer Norazizul The Pixel Alchemist Sabrina The Buzz Architect Lidyawati The Buzzkeeper Nurfazlina The Light Catcher Syukran The Buzz Crew “Kia ora.” Itulah antara perkataan pertama yang saya pelajari setibanya di New Zealand. Dalam bahasa Māori, “kia ora” bukan sekadar sapaan. Ia membawa maksud kehidupan, kesihatan dan kesejahteraan. Satu perkataan. Tetapi penuh makna dan mungkin, ia menggambarkan keseluruhan perjalanan yang saya alami di sana. Apabila dimaklumkan bahawa saya terpilih untuk menyertai Strategic Governance, Capability & Communication (SGCC) 2026 Programme di New Zealand, perasaan saya bercampur. Program ini dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM). Gembira, sudah tentu. Tetapi lebih daripada itu, satu rasa amanah. Kali pertama saya ke luar negara atas program rasmi adalah pada tahun 2012, melalui program Research and Information System for Developing Countries (RIS) di New Delhi, India selama sebulan. Empat belas tahun kemudian, dipilih sekali lagi terasa berbeza. Ia bukan lagi sekadar pengalaman tetapi satu kepercayaan. Saya amat berterima kasih kepada pengurusan tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atas peluang ini, khususnya kepada Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Peluang seperti ini bukan sesuatu yang datang selalu dan ia bukan sekadar tentang siapa yang dipilih tetapi tentang apa yang kita lakukan dengannya. Program ini membawa kami dari Auckland ke Rotorua, kemudian ke Wellington melalui Taupo dan Palmerston North, sebelum kembali ke Auckland untuk sesi akademik dan persidangan. Tetapi perkara yang paling saya nantikan ialah perjalanan bas melebihi 8 jam. Saya tersenyum sendirian. Di Malaysia, saya tidak pernah menaiki bas untuk perjalanan jauh. Tetapi kali ini, “Saya nak naik bas di New Zealand dan saya benar-benar menantikannya.” Kia ora, New Zealand — Sebuah Kia ora, New Zealand — Sebuah Perjalanan, Sebuah Amanah Perjalanan, Sebuah Amanah 23 April 2026 Edisi 52/ 2026
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy