JPA Daily Buzz - Edisi 42 2026

Antara Peraturan, Reaksi dan Tanggungjawab Kita 1
Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang dilaksanakan bukanlah satu bentuk sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pernah kita lalui sebelum ini. Ia merupakan satu pendekatan pengurusan kerja yang bertujuan memastikan kelangsungan perkhidmatan awam berjalan dengan teratur, sambil mengambil kira keperluan semasa. 2
Dalam pelaksanaannya juga, terdapat sektor-sektor tertentu yang tidak dapat melaksanakan BDR sepenuhnya kerana sifat tugas yang dikategorikan sebagai perkhidmatan penting (essential services). Peranan ini memerlukan kehadiran fizikal demi memastikan rakyat terus menerima perkhidmatan yang diperlukan tanpa gangguan. 2
Perbezaan situasi ini menunjukkan bahawa pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan kefahaman yang menyeluruh serta pertimbangan yang sewajarnya. 2
Dalam era digital hari ini, ruang untuk bersuara terbuka luas. Pandangan boleh disampaikan dengan pantas, tanpa sempadan. Namun dalam keterbukaan ini, kita juga memikul tanggungjawab yang lebih besar terutamanya sebagai pegawai awam. 2
Setiap kata yang ditulis, setiap komen yang ditinggalkan, dan setiap reaksi yang dipaparkan bukan lagi sekadar mewakili individu, tetapi boleh mencerminkan imej perkhidmatan awam secara keseluruhan. 2
Di sinilah pentingnya adab dan profesionalisme. 2
Berbeza pandangan itu tidak salah. Mengemukakan cadangan juga tidak salah. Namun cara kita menyampaikannya perlu selari dengan nilai yang kita pegang. 2
Bahasa yang kasar, penghinaan, atau reaksi beremosi mungkin memberi kelegaan sementara, tetapi tidak membawa kepada penyelesaian. Malah, ia boleh menjejaskan kredibiliti diri sendiri serta persepsi terhadap institusi yang kita wakili. 2
Sebaliknya, pandangan yang disampaikan secara berhemah membuka ruang untuk didengar, difahami, dan dipertimbangkan. 2
Sebagai pegawai awam, kita bukan sahaja melaksanakan dasar, kita juga adalah wajah kepada perkhidmatan itu sendiri. Kepercayaan masyarakat terhadap institusi awam dibina bukan sahaja melalui dasar yang dilaksanakan, tetapi juga melalui tingkah laku dan komunikasi setiap individu di dalamnya termasuk dalam ruang digital. 2
Sebagai pegawai awam juga, kita terikat dengan nilai dan prinsip yang telah dipersetujui bersama, termasuk komitmen di bawah Aku Janji Perkhidmatan Awam. Ia bukan sekadar satu dokumen, tetapi satu refleksi kepada integriti, profesionalisme dan tanggungjawab kita dalam menjalankan amanah. 2
Ini termasuk bagaimana kita membawa diri bukan sahaja dalam pelaksanaan tugas, tetapi juga dalam cara kita berkomunikasi di ruang awam. 2
Dalam masa yang sama, perkhidmatan awam sentiasa berkembang. Maklum balas yang konstruktif memainkan peranan penting dalam penambahbaikan dasar dari semasa ke semasa, dan perlu disalurkan melalui pendekatan yang membina. 2
Kita semua mahukan perkara yang sama iaitu urusan yang lancar, keseimbangan kerja dan kehidupan, serta sistem yang adil. 2
Untuk mencapai itu, ia memerlukan dua perkara berjalan seiring: Dasar yang jelas, dan warga yang berintegriti dalam menyuarakan pandangan. 2
Mungkin tidak semua situasi dapat dilihat dari sudut yang sama. Namun dalam menghadapi perbezaan itu, kita masih mempunyai pilihan untuk bertindak dengan emosi, atau dengan kebijaksanaan. 2
Sebagai pegawai awam, pilihan itu membawa makna yang lebih besar. Bersuara itu hak. Beradab itu tanggungjawab. Menjaga imej perkhidmatan awam, amanah kita bersama. 2
Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam 2
Between Policy, Perception and Responsibility 3
The Work From Home (WFH) directive is not a form of movement restriction such as the Movement Control Order (MCO) experienced previously. Rather, it is a work management approach aimed at ensuring the continuity of public service delivery while taking into account current needs. 4
In its implementation, there are sectors that are unable to fully adopt WFH due to the nature of their responsibilities, particularly those classified as essential services. These roles require physical presence to ensure uninterrupted service delivery to the public. 4
This difference in circumstances highlights the need for a broader understanding of how policies are applied in practice. In today’s digital environment, the space to express opinions is open and immediate. Views can be shared quickly and widely. However, with this openness comes greater responsibility especially for public officers. 4
Every word written, every comment made, and every reaction expressed is no longer seen as purely personal, but may reflect the image of the public service as a whole. 4
This is where professionalism, respect and decorum become essential. 4
Differences in opinion are not wrong. Providing feedback is not wrong. But how we communicate must reflect the values we uphold. 4
Harsh language, insults, or emotionally driven reactions may provide temporary relief, but they do not lead to solutions. Instead, they may undermine individual credibility and affect public perception of the institution we represent. 4
In contrast, feedback delivered respectfully creates space to be heard, understood, and considered. As public officers, we are not only implementers of policy, we are also the face of the public service. 4
Public trust is built not only through policy, but through the conduct and communication of every individual within the system including in digital spaces. We are also guided by shared values and commitments, including those reflected in the Public Service Pledge. These are not merely formalities, but principles that shape our integrity, professionalism, and sense of responsibility. 4
This extends beyond how we perform our duties, to how we engage in public discourse. At the same time, the public service continues to evolve. Constructive feedback plays an important role in improving policies over time, and should be channelled through appropriate and constructive means. 4
Ultimately, we all seek the same outcomes which are effective service delivery, balanced working conditions, and a fair system. 4
Achieving this requires two things to move together: Clear policies, and individuals who communicate with integrity. 4
In the end, not every situation will be viewed in the same way. But in facing these differences, we still have a choice, to respond with emotion, or with wisdom. 4
As public officers, that choice carries greater meaning. 4
The right to speak is ours. How we speak reflects who we are. Upholding the dignity of the public service is our shared responsibility. 4
Dr. Diyana Hassim Head of Corporate Communications Public Service Department 4

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy