JPA Daily Buzz - Edisi 42 2026
m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Kebelakangan ini, pelaksanaan arahan berkaitan Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam perkhidmatan awam telah mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang memahami, ada yang mempersoalkan, dan tidak kurang juga yang meluahkan rasa tidak puas hati secara terbuka. Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap dasar yang diperkenalkan apatah lagi yang memberi kesan kepada rutin harian pasti akan mengundang pandangan yang berbeza. Ini kerana setiap pegawai mempunyai realiti kehidupan yang tidak sama. Ada yang berhadapan dengan jarak perjalanan, komitmen keluarga, urusan anak-anak, dan pelbagai lagi faktor yang membentuk perspektif masing-masing. Dalam konteks ini, adalah wajar jika terdapat persoalan dan maklum balas. Namun, di sinilah pentingnya kita berhenti sejenak untuk melihat isu ini secara lebih luas. Dalam perkhidmatan awam, sesuatu ketetapan tidak digubal secara sewenang- wenangnya. Ia melalui proses pertimbangan yang mengambil kira pelbagai aspek iaitu keperluan penyampaian perkhidmatan, keberkesanan operasi, serta kesejahteraan pegawai. Pada masa yang sama, garis panduan yang ditetapkan adalah bertujuan menyediakan satu kerangka yang konsisten untuk pelaksanaan secara menyeluruh. Dalam masa yang sama, pelaksanaannya memerlukan pertimbangan sewajarnya di peringkat jabatan agar selari dengan keperluan operasi dan situasi semasa. Di sinilah wujudnya keseimbangan antara dasar dan pelaksanaan dan kebijaksanaan Ketua Jabatan dan pengurusan sumber manusia di setiap agensi untuk menilai pelaksanaan secara bersesuaian. Apabila perkara ini dilihat dari sudut yang berbeza, reaksi mungkin timbul. Persoalannya bukan sama ada kita bersetuju atau tidak tetapi bagaimana kita memilih untuk menyuarakannya. Dalam masa yang sama, adalah penting untuk kita memahami konteks pelaksanaan ini dengan lebih jelas. Edisi 42/ 2026 3 April 2026 Antara Peraturan, Reaksi dan Antara Peraturan, Reaksi dan Tanggungjawab Kita Tanggungjawab Kita
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy