Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI (BPPs) PSYCHOLOGY MANAGEMENT DIVISION Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) telah menganjurkan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke-26 Tahun 2022 pada 27 dan 28 September 2022 bertempat di Grand Klana Ballroom, Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Seramai 446 orang pegawai dari kalangan Pegawai Psikologi, Pegawai Sumber Manusia, Penolong Pegawai Psikologi dan ahli AKRAB dari pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi telah menghadiri persidangan ini. Persidangan pada tahun ini bertemakan “Modal Psikologi: H.E.R.O - Perkhidmatan Awam Kalis Masa Hadapan”. Konsep ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha JPA dalam membentuk penjawat awam yang sejahtera dari segi kognitif, tingkah laku, emosi dan spiritual dalam menjalankan tugas serta kehidupan seharian. Persidangan ini dilaksanakan untuk memperkenalkan strategi bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti pegawai melalui pendekatan Modal Psikologi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pegawai dalam pengurusan perubahan dan membuat penyesuaian dalam menjalankan tugas seiring dengan transformasi perkhidmatan awam masa hadapan. The Public Service Department (PSD), in collaboration with the Negeri Sembilan State Secretary Office (PSUKNS), organised the 26th Public Service Psychology Conference in 2022 on 27 and 28 September, 2022, held at the Grand Klana Ballroom, Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. The conference was inaugurated by YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Director-General of Public Service. A total of 446 officers, including Human Resource Psychology Officers, Assistant Psychology Officers, and AKRAB members from various ministries/ departments/ agencies, attended the conference. The theme of this year's conference was "Psychology Capital: H.E.R.O – Future Proofing Public Service." This concept was introduced as one of PSD's efforts to shape a well-rounded public servant in terms of cognitive, behavioral, emotional, and spiritual well-being in their daily tasks and lives. The conference aimed to introduce strategies to enhance the competence and productivity of officers through the Psychology Capital approach. Additionally, it aimed to improve officers' abilities in managing change and adapting to their roles in line with the future transformation of public service. PERSIDANGAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KE- 26 TAHUN 2022 THE 26TH PUBLIC SERVICE PSYCHOLOGY CONFERENCE 2022 96 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy