Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Rasionalisasi Elaun Perkhidmatan Awam ini telah diadakan pada 28 Februari 2022 hingga 2 Mac 2022 di Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu, Terengganu. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 30 peserta terdiri daripada wakil Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan dasar pemberian elaun-elaun perkhidmatan awam yang khusus di bawah kementerian-kementerian yang terlibat serta cadangan penambahbaikan agar pemberian elaun-elaun tersebut lebih teratur dan sistematik. Pada masa yang sama, mesyuarat ini juga turut membincangkan cadangan pengukuhan dan penjajaran elaun-elaun yang diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang bertugas di kawasan pedalaman. The Committee Meeting of the Public Service Allowance Rationalisation Study was held from 28 February 2022 to 2 March 2022, at Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu, Terengganu. The meeting was attended by 30 participants, including representatives from the Public Service Department's Service Division, the Ministry of Defense, the Ministry of Education, and the Ministry of Health Malaysia. The purpose of this meeting was to discuss the policy regarding specific allowances granted in the public service under the involved ministries and to propose improvements for a more organised and systematic allowance distribution. Additionally, the meeting also discussed proposals for strengthening and aligning allowances provided to Federal public service officers serving in remote areas. MESYUARAT JAWATANKUASA KAJIAN RASIONALISASI ELAUN PERKHIDMATAN AWAM COMMITTEE MEETING OF THE PUBLIC SERVICE ALLOWANCE RATIONALISATION STUDY Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Rasionalisasi Elaun Perkhidmatan Awam di hadapan Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu Committee Meeting Members of the Public Service Allowance Rationalisation Study in front of Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu 66 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy