Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Antara program utama UI Tahun 2022 adalah seperti berikut: Kursus Pengurusan Pengukuhan Asas Siasatan Bagi Jawatankuasa Bebas JPA Tahun 2022 telah diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2022 yang telah dihadiri seramai 71 orang pegawai daripada Kumpulan P&P dan pelaksana. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga JPA mengenai kaedah siasatan yang sesuai dan memberi bimbingan serta tatacara pengendalian saksi dan dokumen dengan betul serta berkesan. Bicara Integriti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sempena Hari Integriti Nasional bertajuk “Pegawai Berintegriti, Pemangkin Kecemerlangan Organisasi” telah diadakan pada 14 November 2022 bertujuan meningkatkan kesedaran pegawai tentang nilai-nilai budaya kerja berpasukan yang berintegriti tinggi, cekap dan amanah. Program ini telah dihadiri oleh seramai 57 orang yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dan pelaksana. Among the main programmes of UI in 2022 are as follows: The Basic Investigation Management Course for PSD Independent Committee in 2022 was held on 7 and 8 August 2022. It was attended by a total of 71 officers from the Policy and Planning Group and executives. The course aimed to provide exposure to PSD staff on appropriate investigation methods and to provide guidance on the proper and effective handling of witnesses and documents. The Public Service Department's Integrity Talk, held in conjunction with National Integrity Day and themed "Integrity Officers, Catalysts for Organisational Excellence," took place on 14 November 2022. The event aimed to enhance employees' awareness of the values of a highintegrity, efficient, and trustworthy team-based work culture. The programme was attended by 57 participants, comprising members from the management and support group. KURSUS PENGURUSAN PENGUKUHAN ASAS SIASATAN BAGI JAWATANKUASA BEBAS JPA TAHUN 2022 BASIC INVESTIGATION MANAGEMENT COURSE FOR JPA INDEPENDENT COMMITTEE IN 2022 BICARA INTEGRITI: PEGAWAI BERINTEGRITI, PEMANGKIN KECEMERLANGAN ORGANISASI INTEGRITY TALK: INTEGRITY OFFICERS, CATALYSTS FOR ORGANISATIONAL EXCELLENCE 46 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy