Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Perkembangan dalam bidang digital telah mendorong peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam terutama yang melibatkan perkongsian data. Perkongsian data yang merentas agensi berpotensi untuk menjadi asas kepada perkhidmatan yang bersepadu, cepat dan inklusif. Selaras dengan permohonan perkongsian data yang meningkat, JPA telah menubuhkan Pasukan Penyelaras Perkongsian Data (PPPD) bagi menyelaras dan mempertimbangkan permohonan data JPA sama ada dalam berbentuk one-off ataupun secara integrasi daripada pihak luar seperti agensi awam, agensi swasta dan penyelidik. Penubuhan ini selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2021 mengenai Dasar Perkongsian Data Sektor Awam yang dikeluarkan oleh MAMPU. PPPD diterajui oleh Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) dengan keahlian daripada Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM), serta dianggotai oleh wakil dari bahagian lain di JPA yang menyelenggara data yang dimohon. Sejajar dengan kepentingan perkongsian data dalam perkhidmatan awam, BPPD juga telah berkolaborasi bersama BDTM dalam menyediakan Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam. Garis panduan ini dibangunkan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan perkongsian data JPA secara cekap dan berkesan, serta memberi penjelasan mengenai prosedur permohonan data bagi memudahkan pengurusan permohonan data yang diterima. Pada tahun 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Perkongsian Data JPA telah diadakan sebanyak 9 kali dan telah mempertimbangkan sebanyak 69 permohonan yang terdiri daripada 44 permohonan data secara one-off dan 25 permohonan data secara berkala. Advancements in digital technology have significantly improved the efficiency of public service delivery, especially in cases involving data sharing. Cross-agency data sharing has the potential to serve as the foundation for integrated, timely, and inclusive services. In response to the growing demand for data sharing, the Public Service Department (JPA) has established a Data Sharing Coordination Team (PPPD) responsible for coordinating and reviewing data sharing requests. These requests may come in the form of one-time applications or integrated data sharing requests from other public agencies, the private sector, or researchers. The formation of this committee aligns with the Public Sector Data Sharing Policy outlined in MAMPU's Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2021. The committee is led by Research, Planning, and Policy Division (BPPD), with members from the Digital and Information Technology Division (BDTM) as well as representatives from other divisions in JPA that own or manage the requested data. BPPD has also collaborated with BDTM in the publication of the Public Service Department Data Sharing Guideline. This guideline was developed to ensure effective and efficient data sharing practices and to provide information on the procedures for requesting data from PSD. Throughout the year 2022, the Data Sharing Coordination Committee conducted nine (9) meetings and reviewed a total of 69 applications. These applications consisted of 44 one-time requests and 25 periodic data sharing requests. GARIS PANDUAN PERKONGSIAN DATA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM PUBLIC SERVICE DEPARTMENT DATA SHARING GUIDELINE 41 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy