Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

PENASIHAT UNDANG-UNDANG LEGAL ADVISOR 1. Memberi nasihat undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan. 2. Membantu menafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan. 3. Mendraf atau menyemak dokumen undangundang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang di dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi. 4. Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan. 5. Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf rang undang-undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya. 6. Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan teknologi maklumat dan komunikasi. 7. Menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang. 8. Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. 1. Providing legal advice on matters referred to by the Government. 2. Assisting in interpreting the law as and when requested by the Government. 3. Drafting or reviewing legal documents such as legislative notices, agreements, and memoranda of understanding in which the Government is a party to ensure the Government's interests are protected. 4. Conducting research or studies on legal matters as and when required by the Government. 5. Providing advice on matters for which the Government intends to regulate and preparing draft bills (if applicable) to reflect policy decisions made by the Government and submitting draft bills to the Parliamentary Legislators for approval. 6. Participating in negotiations of agreements related to Government projects, especially privatisation and information and communication technology projects. 7. Attending meetings and providing legal advice on matters under discussion to ensure that any policy decisions made by the Government comply with the law. 8. Participating in information sharing sessions or legal training on legal matters by providing legal expertise to both the Government and non-Government agencies. UNIT AUDIT DALAM INTERNAL AUDIT UNIT 1. Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT. 2. Melaporkan kepada Ketua Eksekutif hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan. 3. Menilai aktiviti Jabatan dengan memberi tumpuan terhadap penggunaan sumber serta pencapaian matlamat yang diharapkan secara efektif, efisien dan ekonomi. 1. Providing advice and insights on internal controls over all systems, including ICT systems. 2. Reporting audit findings to the Chief Executive and ensuring follow-up actions on raised issues. 3. Evaluating Department activities by focusing on the use of resources as well as the achievement of expected goals effectively, efficiently and economically. 24 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy