Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

CERAIAN MYPPSM/PP/SPP/SURAT EDARAN BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN ATTACHMENT MYPPSM/PP/SPP/CIRCULAR LETTER REMUNERATION DIVISION 1. Surat Edaran JPA(S)63/2 Klt.3 (3) – Kenaikan Kadar Bayaran Insentif Bahasa Asing Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menggunakan Bahasa Asing Dalam Menjalankan Tugas Rasmi Kerajaan telah memutuskan kadar bagi Bayaran Insentif Bahasa Asing yang diberikan kepada pegawai yang menguasai dan menggunakan Bahasa Asing dalam menjalankan tugas rasmi selaras dengan ketetapan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2009 dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi tahap kemahiran asas/ pertengahan dan RM250 kepada RM300 bagi tahap kemahiran lanjutan dalam Bahasa Asing. Kadar ini mula berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. 2. Surat Edaran JPA.800-3/2/1 (32) Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM350.00. Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 ini dibayar pada 25 Januari 2022. 3. Surat Edaran JPA.SARAAN(S)43/34 Jld.3 (24) Penambahbaikan Peraturan Pengesahan Sijil Sakit Swasta Yang Melebihi 15 Hari Bagi Rawatan Pesakit Luar Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Bagi menambah baik peraturan sedia ada selaras dengan perubahan corak keperluan hidup semasa dan polisi Kerajaan yang menggalakkan penggunaan perkhidmatan sektor swasta, Kerajaan bersetuju supaya Ketua Jabatan boleh menerima sijil sakit swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar bagi kemudahan Cuti Sakit. Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.4.5 (Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit). Penambahbaikan ini berkuat kuasa mulai 18 Februari 2022. 1. Circular Letter PSD(S)63/2 Klt.3 (3) – Increase in the Foreign Language Incentive Payment Rate for Civil Servants Using a Foreign Language in Official Duties The government has decided to increase the rate for the Foreign Language Incentive Payment provided to officers who are proficient in and use a foreign language in performing official duties, in accordance with the provisions of Service Circular Number 22 of 2009, from RM150 to RM200 for basic/ intermediate proficiency level and from RM250 to RM300 for advanced proficiency level in a foreign language. This rate will be effective from 1 January 2023. 2. Circular Letter PSD.800-3/2/1 (32) Special Financial Assistance for the Year 2022 The government has decided to provide the Special Financial Assistance for the Year 2022 to Federal Public Service officers Grade 56 and below, amounting to RM700.00, and it is also extended to government retirees receiving a pension and non-pensioned veterans, with an amount of RM350.00. This Special Financial Assistance for the Year 2022 was disbursed on 25 January 2022 3. Circular Letter PSD.SARAAN(S)43/34 Vol.3 (24) - Improvements to the Regulations on the Acceptance of Private Medical Certificates Exceeding 15 Days for Outpatient Treatment by Government Medical Officers To improve the existing regulations in line with changing contemporary needs and the government's policy encouraging the use of private sector services, the government has agreed that Division Heads can accept private medical certificates for outpatient treatment without the co-signature of Government Medical Officers for a maximum of 180 days in a calendar year, for Sick Leave purposes. The regulation amendment is implemented through MyPPSM Attachment SR.5.4.5 (Regulations Related to the Acceptance of Private Medical Certificates for Sick Leave Purposes). This amendment is effective from 18 February 2022. 178 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy