Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

Challenges faced to maintain CGCF certification throughout the five (5) year period of its implementation are as follows: i. Provision of robust data centre infrastructures to support green technology; ii. Selection of an environmentally friendly cooling system; iii. Setting the configuration for efficient energy use; and iv. Efficient data centremanagement to ensure the implementation of a green data centre is done. To address these challenges,PSD has implemented the following initiatives: i. Holding benchmarking and Best Practices Sharing programmes of green data centre management with Government and private agencies that have successfully implemented green data centres; ii. Implement environmentally friendly ICT infrastructure improvements such as server consolidation through a virtualisation method, use of energy-efficient cooling systems with inverter technology and upgrading server rack ventilation technology by using a more efficient containment system; and iii. Inculcate continuous cultivation of green technology practices through workshops, training, and awareness seminars. As a result of this effort, the PSD Data Centre achieved energy savings of RM500,000 over the five (5) years of its implementation. Based on the latest auditing by GCI for 2021, PSD has managed to maintain an efficient energy consumption level with a carbon footprint reduction of over 50% and a 67% reduction in energy consumption per year. The study found that green computing initiatives enable a 60 per cent reduction in energy costs apart from reducing carbon footprint. Green computing refers to developing and applying products, equipment, and systems to preserve the environment and nature while reducing negative implications for humans. In line with efforts to make Malaysia a carbon-neutral country as early as 2050, PSD always supports efforts to strengthen the ecosystem by implementing green computing initiatives that positively impact the environment by reducing carbon footprints and promoting efficient energy use. Bagi mengekalkan pensijilan CGCF di sepanjang tempoh lima (5) tahun pelaksanaannya, antara cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut : i. Penyediaan infrastruktur pusat data yang mantap bagi menyokong teknologi hijau; ii. Pemilihan sistem penyejukan yang mesra alam; iii. Penetapan konfigurasi penggunaan tenaga yang efisien; dan iv. Pengurusan pusat data yang cekap bagi memastikan pelaksanaan pusat data hijau dapat dilaksanakan. Bagi menangani cabaran ini, JPA telah melaksanakan inisiatifinisiatif seperti berikut : i. Mengadakan program lawatan Penanda Aras dan Perkongsian Amalan Terbaik pengurusan pusat data hijau dengan agensi Kerajaan dan swasta yang telah berjaya melaksanakan pusat data hijau; ii. Melaksanakan penambahbaikan infrastruktur ICT yang mesra alam seperti konsolidasi pelayan melalui kaedah virtualization, penggunaan sistem penyejukan cekap tenaga dengan teknologi inverter serta menaik taraf teknologi pengudaraan server rack menggunakan sistem containment yang lebih efisien; dan iii. Menerapkan pembudayaan amalan teknologi hijau melalui bengkel, latihan dan seminar kesedaran yang dilaksanakan secara berterusan. Hasil daripada usaha ini, Pusat Data JPA telah berjaya memperolehi penjimatan tenaga dengan kadar RM500,000 sepanjang lima (5) tahun tempoh pelaksanaannya. Berdasarkan pengauditan terkini yang dilaksanakan oleh pihak GCI bagi tahun 2021, JPA telah berjaya mengekalkan tahap penggunaan tenaga yang efisien dengan pengurangan jejak karbon melebihi 50% dan juga pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 67% setahun. Kajian yang dibuat mendapati inisiatif pengkomputeran hijau membolehkan pengurangan kos tenaga sebanyak 60 peratus selain mengurangkan jejak karbon. Pengkomputeran hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem untuk memelihara alam sekitar dan semula jadi sekaligus mengurangkan implikasi negatif kepada manusia. Sejajar dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara neutral karbon seawal tahun 2050, JPA sentiasa menyokong kepada usaha memperkukuhkan ekosistem dengan melaksanakan inisiatif pengkomputeran hijau yang memberikan impak positif kepada alam sekitar dengan pengurangan jejak karbon dan penggunaan tenaga yang cekap. (101) Anugerah Pengkomputeran Hijau Green Computing Awards

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy