Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT STRATEGIK (BPMS) Strategic Information Development And Management Division ANUGERAH PENGKOMPUTERAN HIJAU GREEN COMPUTING AWARDS On 13 December 2021, six (6) green data centres of Government agencies won the Green Computing Awards (GCA) 2021, which collectively saved the Government electricity costs by RM4.1 million per year and successfully reduced carbon footprint as much as 6,751 metric tonnes per year. The GCA, held for the first time in Malaysia and will be an annual event to recognise Government agencies that are committed to green computing initiatives, was organised by the Government Industry Group for High Technology Malaysia (MIGHT) in collaboration with the Green Computing Initiative (GCI). The 2021 GCA award ceremony was officiated by YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba, Minister of Science, Technology, and Innovation. The Public Service Department’s PSD Green Data Centre, under the purview of the Strategic Information Development and Management Division (BPMS), which was nominated by the Green Computing Initiative (GCI), had not only won the GCA 2021 for the Best of Systems Engineering category but also was crowned as the overall winner (Best of the Best) for this prestigious award. GCI certification is an excellent standard in the industry to ensure efficient and effective sustainable computing practices. A Certified Green Computing Facility (CGCF), which is of international standard, verifies and proves that an organisation has implemented the best ICT green technology infrastructure practices. The certification is as confirmation and proof to organisations that have implemented the best practices of green computing according to international standards. PSD has taken proactive measures to obtain the CGCF certification since 15 December 2016, and until now, it still maintains the highest rating of the Platinum Certificate for green data centres. Hence, thePSD Green Data Centre was nominated due to PSD’s achievements and determination to ensure the implementation of the best practices of green computing in the organisation. Pada 13 Disember 2021, enam (6) pusat data hijau agensi Kerajaan telah merangkul Anugerah Pengkomputeran Hijau atau Green Computing Awards (GCA) 2021 yang secara kolektifnya telah menjimatkan kos elektrik Kerajaan sebanyak RM4.1 juta setahun serta berjaya mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) sebanyak 6,751 tan metrik setahun. GCAbuat julung kalinya diadakan di Malaysia dan bakal menjadi acara tahunan bagi mengiktiraf agensi Kerajaan yang komited terhadap inisiatif pengkomputeran hijau, telah dianjurkan oleh Kumpulan Industri Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dengan kerjasama Green Computing Inititive (GCI). Majlis penganugerahan GCA 2021 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pusat Data Hijau Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) di bawah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS) yang telah dicalonkan oleh Green Computing Initiative (GCI) bukan sahaja telah meraih kemenangan dalam GCA 2021 bagi kategori Kejuruteraan Sistem Terbaik (Best of Systems Engineering) malah turut dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan (Best of the Best) bagi Anugerah berprestij ini. Pensijilan GCI adalah standard kecemerlangan dalam industri untuk memastikan amalan pengkomputeran lestari yang efisien dan efektif. Certified Green Computing Facility (CGCF) yang bertaraf antarabangsa ini diwujudkan untuk mengesahkan dan membuktikan bahawa sesebuah organisasi telah melaksanakan amalan terbaik infrastruktur ICT berteknologi hijau. Pensijilan ini adalah sebagai pengesahan dan pembuktian kepada organisasi yang telah melaksanakan amalan terbaik pengkomputeran hijau mengikut piawaian antarabangsa. JPA telah mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan pensijilan CGCF semenjak 15 Disember 2016 dan sehingga kini masih mengekalkan penarafan tertinggi Sijil Platinum bagi pusat data hijau. Justeru, Pusat Data Hijau JPA telah dicalonkan berdasarkan kepada pencapaian dan kesungguhan pihak JPA bagi memastikan pelaksanaan amalan terbaik pengkomputeran hijau di organisasi. (100)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy