![Show Menu](styles/mobile-menu.png)
![Page Background](./../common/page-substrates/page0123.jpg)
EKSPLORASI TRANSFORMASI
Pemantapan dan pemahaman tentang transformasi
diperluaskan
lagi
melalui
Program
Eksplorasi
Transformasi2014.Programyangberbentuk
treasurehunt
games
ini diadakan pada 8 November 2014. YBhg. Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam Malaysia telah merasmikan program ini yang
bermula dari Blok C1, JPA Putrajaya dan berakhir di INTAN
Bukit Kiara.
Program ini berjaya menarik penglibatan 65 pasukan
(kenderaan) yang terdiri daripada 260 orang peserta.
Para peserta terdiri daripada pegawai-pegawai:
• Jabatan Perdana Menteri
• TourismMalaysia
• Perbadanan Putrajaya
• KumpulanWang Simpanan Pekerja
• Lembaga Minyak Sawit Malaysia
• Yayasan Pembangunan Ekonomi IslamMalaysia
• Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
• Kementerian Kerja Raya
• Kementerian PembangunanWanita Keluarga dan
Masyarakat
• Kementerian Sumber Manusia
• Kementerian Kesihatan Malaysia
• Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri
• Kementerian Pertahanan
• Kementerian Kemajuan Luar Bandar danWilayah
• Kementerian Pelajaran Malaysia
• Kementerian Pengangkutan
• Kementerian Luar Negeri
• Jabatan Penyiaran Malaysia.
Peserta-peserta yang mengambil bahagian juga telah
diberikan peluang untuk mengemukakan idea dan
pandanganmengenai transformasi perkhidmatan awam
melalui
Idea Hatch
.
KARAVAN TANI
Program Karavan Tani JPA4U merupakan satu usaha JPA
dalam menjaga kebajikan para pegawai dan kakitangan
untuk mengurangkan beban sara hidup melalui konsep
pasar tani. Majlis Pelancaran Karavan Tani JPA4U telah
diadakan pada 13 Februari 2014 dengan dirasmikan oleh
YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
bertempat di Dataran Kompleks C, Putrajaya. Program
ini diadakan pada setiap hari Khamis minggu kedua dan
keempat setiap bulan.
Eksplorasi Transformasi
Karavan Tani
Karavan Tani
123
JPA
SANTAI