PROGRAM & AKTIVITI
Sepanjang tahun 2014 pelbagai perancangan dan
pelaksanaan aktiviti Kebajikan dan Sosial, Kerohanian
/ Nilai-Nilai Murni dan Sukan di peringkat Kelab Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan peringkat Majlis
Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan
Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah dilaksanakan.
Pelaksanaan Program Askar Wataniah JPA dengan
kerjasama serta bantuan Rejimen 515 AW, Kem Jalan
Buku Lima, Kuala Lumpur jugamerupakan antara aktiviti
tersebut.
Di samping itu juga,
Kelab JPA diiktiraf sebagai Kelab Sukan
dan Kebajikan Terbaik 2013.
Majlis penyampaian telah
disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd.
Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa Hari Inovasi
dan Majlis Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013.
Di bawahKelab JPA yangmerupakan persatuanberdaftar
dibawahPendaftarPertubuhanMalaysiadenganNombor
Pendaftaran 1769 (Selangor) pada 17 Februari 1976,
aktiviti-aktiviti yang berkaitan sukan, kebajikan, majlis-
majlis perjumpaan, rekreasi dan sosial kepada warga JPA
telah berjaya dilaksanakan yang sekaligus sebagai salah
satu usaha jalinan memupuk keharmonian dan jalinan
kerjasama di kalangan warga JPA.
PENCAPAIAN
Kelab JPA turut menyertai aktiviti/ program serta
pertandingan sukan di peringkat MAKSWIP dan Jabatan
Perdana Menteri. Di antara kejayaan yang telah dicapai
sepanjang tahun 2014 adalah seperti yang berikut: