Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

85 PERSIDANGAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) TAHUN 2022 Persidangan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah berlangsung di Wisma Pertahanan secara hybrid bertemakan Impak Kesejahteraan Psikologi Dalam Kecemerlangan Organisasi. Persidangan ini terbuka kepada semua warga awam dan anggota ATM dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa dan pasukan AKRAB Kementerian Pertahanan. HARI TERBUKA PSIKOLOGI KEMENTERIAN PERTAHANAN Hari Terbuka Psikologi dengan tema “Jom Rehat dan Rilek (R&R)” telah diadakan di Pusat Perkhidmatan Psikologi Kementerian Pertahanan, Bangunan Zetro. Antara pengisian adalah kelompok aktiviti psikoterapi melibatkan Terapi Pasir, Terapi Travel Time (NLP), Terapi Bermain OH, Card! Terapi Puppet, Terapi Lukisan & House Tree Person (HTP), Terapi Ketawa, Konsultasi & Penilaian Psikologi. SEMINAR PSIKOLOGI DAN PERSIDANGAN AKRAB Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abdul Aziz telah menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Psikologi bagi Tahun 2022 dengan tema “Psikologi Era Revolusi Industri (IR) 5.0: Memperkasakan Kesejahteraan Negara” dan perasmian Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Bilik Terapi Aurora Kementerian Pertahanan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy