Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

84 PROGRAM TURUN PADANG PSIKOLOGI TAHUN 2022 Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abdul Aziz telah menyempurnakan Majlis Perasmian dan Flag Off, Program Turun Padang Psikologi MINDEF Tahun 2022 anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Seramai 120 orang peserta dari kumpulan pelaksana dan kumpulan Pengurusan & Professional yang bertugas di Wisma Pertahanan, Markas 7 Briged, Johor dan wakil ahli AKRAB Mindef seluruh Malaysia terlibat dalam program ini. PROGRAM EMOTIONAL LITERACY DAN MINDA SIHAT Program Emotional Literacy dan Minda Sihat anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, BPSM, MinDef bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching, Sarawak. Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam pelbagai gred yang bertugas di bawah seliaan MinDef Cawangan Negeri Sarawak. Penceramah bagi program ini ialah YBrs. Dr. Lee Jun Choi, Pensyarah Kanan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Turut membantu menjayakan program ini adalah Fasilitator Ahli AKRAB Zon Sarawak Encik Mark Phillip Engkujat, Puan Habsah binti Jamain dan Puan Noraini binti Bujang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy