Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

5 ETIKA Terima Tanpa Syarat • Ahli AKRAB mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasi rakan yang dibimbing atas sebab-sebab seperti umur, warna, kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status ekonomi. Kerahsiaan • Ahli AKRAB mesti memaklumkan kepada rakan yang dibimbing dengan memberikan maklumat secukupnya berhubung proses dan perhubungan menolong dalam segala aspek yang dibincangkan adalah rahsia. Perhubungan Profesional • AKRAB mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra yang berlebihan dengan rakan yang dibimbing sehingga boleh melemahkan pertimbangan profesional dan meningkatkan risiko atau menjejaskan imej kepada rakan yang dibimbing. Ahli AKRAB tidak boleh terlibat di dalam sebarang jenis perhubungan intim dengan rakan yang di bimbing

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy