Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

4 MAKLUMAT KORPORAT AKRAB VISI AKRAB sebagai agen penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia. MISI Memberi perkhidmatan bimbingan yang berkesan OBJEKTIF • Menyampaikan perkhidmatan membimbing berpandukan kod etika AKRAB • Menjadi perantara kepda Pegawai Psikologi, penyelia dan Ketua Jabatan dalam organisasi • Membantu Pegawai kea rah kesejahteraan Psikologi • Menjadi agen perubahan di dalam organisasi MOTTO “Berkhidmat Membimbing” FALSAFAH Setiap ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri. PRINSIP Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, status, perlakuan dan rupa fizikal. PERANAN • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. • Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik. • Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan. • Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy