Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

195 ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK AKRAB MAFI dengan sokongan Pengurusan Tertinggi MAFI berusaha untuk sentiasa bergerak aktif dalam memperkasakan peranan AKRAB MAFI khususnya dalam konteks bimbingan berdasarkan hala tuju AKRAB MAFI melalui tiga pendekatan dalam menyampaikan perkhidmatan AKRAB iaitu pembangunan, pencegahan dan intervensi. Di samping memperluaskan skop dan peranan AKRAB MAFI bukan sahaja tertumpu kepada isu dan permasalahan warga, namun sebaliknya memberi tumpuan dalam bantuan-bantuan kecemasan awal kepada warga yang terlibat dengan musibah kejadian alam seperti banjir, angin ribut, kemalangan tragis, kebakaran dan kebajikan warga MAFI yang perlu dilihat kembali agar aktiviti AKRAB MAFI berjalan dengan berkesan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy