Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

194 Pencapaian AKRAB MAFI bagi tahun 2022 adalah dengan lulusnya permohonan peruntukan daripada pihak Pengurusan Tertinggi MAFI sebanyak RM100,000.00 untuk disalurkan kepada AKRAB di Jabatan dan Agensi di bawah MAFI. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MAFI selaku urus setia AKRAB telah membuat agihan tersebut bermula pada bulan April 2022 kepada AKRAB Jabatan dan Agensi bagi melaksanakan program dan aktiviti AKRAB. Selain itu, sokongan daripada pihak Pengurusan Tertinggi MAFI juga adalah satu penghargaan di mana AKRAB telah menjadi salah satu Key Performance Inventory (KPI) kepada Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), MAFI. AKRAB MAFI SEBAGAI SATU PERSATUAN BERDAFTAR Secara rasminya AKRAB MAFI telah berjaya didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 30 Ogos 2021 yang dikenali dengan nama Persatuan AKRAB MAFI. Ia merupakan satu kejayaan besar AKRAB MAFI melalui usahanya sebelum ini yang ingin memperluaskan skop dan peranannya dalam penyampaian perkhidmatan bimbingan kepada warga kerja. Di mana peranannya bukan sahaja kepada bimbingan, sebaliknya kepada perkhidmatan bantuan bencana dan musibah yang dihadapi oleh warga MAFI. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Pemberian pengiktirafan dan penghargaan kepada ahli AKRAB seluruhnya. Elemen pengiktirafan penting dalam memacu dan menggerakkan motivasi AKRAB seluruhnya agar mereka rasa dihargai dan diiktiraf segala jasa serta sumbangan yang diberikan. Dalam usaha mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka ini, maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disyorkan untuk melaksanakan elemen pengikitirafan dengan menyediakan kriteria-kriteria tertentu yang boleh diterima pakai untuk mengiktiraf sumbangan AKRAB. Bentuk pengiktirafan pula adalah pelbagai, misalnya merit kenaikan pangkat, peluang menyambung pengajian peringkat Ijazah, Sarjana dan PhD atau pemberian bonus/ honororium kepada AKRAB. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan usaha ini memerlukan kriteria yang ketat dan pemilihan anugerah pengiktirafan ini dibuat secara adil, telus dan berintegriti.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy