Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

138 Cadangan Penambahbaikan Sistem Keahlian AKRAB (SKA) yang telah dibina oleh Cawangan Pengurusan Psikologi BPSM KKR telah digunakan secara keseluruhannya di KKR. Ini diwujudkan bagi mengenalpasti ahli AKRAB yang aktif dan tidak aktif di dalam organisasi. Jika wajar, pihak Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam perlu mencadangkan satu sistem / mekanisma yang sesuai bagi mengenalpasti keaktifan ahli AKRAB itu sendiri dan cara untuk menamatkan keahlian AKRAB pada ahli yang tidak aktif secara keseluruhannya. Ia bagi mengelakkan daripada ahli AKRAB yang tidak aktif menyalahgunakan keahlian AKRAB ini sebagai satu mekanisma yang boleh menguntungkan secara peribadi. Pihak penyelarasn AKRAB di JPA juga perlu berperanan menyimpan data keahlian ahli AKRAB (No. Ahli AKRAB / Kad Pengenalan / tahun lantikan AKRAB) yang telah dikeluarkan oleh pihak BPPs JPA sendiri dengan mewujudkan data based ahli AKRAB di dalam perkhidmatan awam seluruh Malaysia. Data based ini perlu diwujudkan bagi tujuan rujukan dari mana-mana pihak yang memerlukan data atau maklumat tersebut untuk digunakan pada masa akan datang. Ulasan keseluruhan Pada tahun 2022 ini, AKRAB Kementerian Kerja Raya dan agensi dibawahnya telah memberikan komitmen yang begitu baik kepada kementerian dan jabatan secara umumnya dan Cawangan Pengurusan Psikologi BPSM KKR secara khususnya bagi menjayakan peningkatan mutu dan kesedaran berkaitan kesejahteraan psikologi dikalangan penjawat awam di kementerian dan jabatan selari dengan PP Bilangan 18 Tahun 2005 yang menitikberatkan tentang elemen pembangunan, pencegahan, pemulihan dan psikometrik. Walaupun mempunyai kekangan dari segi sumber kewangan dan komitmen tugasan hakiki, setiap aktiviti yang telah dirancang tetap dijalankan mengikut kesesuaian jabatan sekaligus dapat mewujudkan kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan modal insan dikalangan penjawat awam di Kementerian Kerja Raya dan agensi dibawahnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy