Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

137 Pencapaian Terbaik AKRAB Kementerian dan agensi: PENERIMA ANUGERAH AKRAB UNGGUL DAN TERUNGGUL KKR 2022 Penerima Anugerah AKRAB Unggul dan Terunggul KKR 2022 telah dilaksanakan semasa sambutan Hari Psikologi KKR 2022 dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia. Seramai 6 orang ahli AKRAB dari KKR dan agensi telah menerima penganugerahan AKRAB Unggul dan seorang daripadanya telah dinobatkan sebagai AKRAB Terunggul. Penganugerahan ini diberikan berdasarkan komitmen yang diberikan dan didaftar di dalam Sistem Keahlian AKRAB (SKA) yang telah dibina oleh Cawangan Pengurusan Psikologi, BPSM KKR sendiri. Ini mengelakkan daripada berlakunya bias dan sikap pilih kasih dalam pemilihan penerima anugerah tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy