Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

135 CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY AKRAB KKR 2022 RUMAH SERI KENANGAN, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN Program CSR AKRAB KKR telah dilaksanakaan di Rumah Seri Kenangan Seremban pada 19 September 2022 bersama 30 penghuni yang terdiri daripada warga emas berumur 60 tahun ke atas. Program ini bertujuan memberi sumbangan dari segi keperluan asas yang diperlukan oleh warga emas seperti kerusi roda, tongkat dan keperluan asas lain. Selain dari itu, ahli AKRAB KKR juga mengambil kesempatan beramah mesra bersama penghuni bagi memberi sokongan moral dan kecerian kepada mereka. Program CSR ini diakhiri dengan agihan bantuan yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KKR. HARI TERBUKA AKRAB JKR NEGERI SELANGOR 2022 PERKARANGAN LOBI JKR NEGERI SELANGOR, SHAH ALAM. Hari Terbuka AKRAB JKR Selangor 2022 anjuran AKRAB JKR Selangor dengan kerjasama AKRAB JKR Malaysia telah dilaksanakan pada 25 Januari 2022. Dianggarkan seramai 300 orang pengunjung telah hadir semasa pelancaran hari terbuka ini berlangsung. Pelbagai aktiviti yang disajikan termasuk menjawab psikometrik, parenting session,booth kesihatan, derma darah dan sebagainya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy