Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

134 PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN 2022 PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE), MELAKA Program Pembangunan Modal Insan (i-PAT) 2022 anjuran AKRAB JKR dengan kerjasama Cawangan Dasar Pengurusan Korporat JKR dan Cawangan Pengurusan Psikologi BPSM KKR telah dilaksanakan bertujuan membina kekuatan diri dan menerapkan input psikologi kepada warga kerja bagi membentuk kesejahteraan psikologi positif di dalam organisasi masing-masing. Seramai 15 orang kakitangan dari pelbagai cawangan di seluruh JKR Lembah Kelang telah diwajibkan hadir bagi menyertai program ini. Antara input program yang diberikan seperti Intrapersonal dan Interpersonal, stress management, Coping Skill, public speaking, sesi bimbingan kelompok dan aktiviti LDK yang mengetengahkan tentang pegurusan psikologi diri setiap peserta. CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY AKRAB JKR 2022 RUMAH KAKITANGAN JKR DI HULU LANGAT & SEPANG, SELANGOR 1 & 2 JANUARI 2022 Program CSR AKRAB JKR telah dilaksanakan terhadap rumah kakitangan JKR yang terkesan dengan keadaan banjir di Kawasan Sepang dan Hulu Langat pada ketika itu. AKRAB JKR dengan kerjasama Kelab Surau JKR telah bersama-sama memberikan sumbangan tenanga dan kewangan bagi membantu membersihkan dan meringankan beban mangsa sekaligus memberikan sokongan moral kepada kesejahteraan psikologi mangsa pada ketika itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy