Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

38 iii. Mesyuarat Penyelarasan Mentor a. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Encik Wan Rahim bin Wan Yunan, KPSU(KJ) pada 15 Disember 2020 di Bilik Kemudi, Aras 6, Kementerian Pengangkutan. Seramai 8 orang menti hadir mesyuarat tesebut. b. Mesyuarat ini adalah bertujuan membincangkan mengenai pelaksanaan Program Pementoran di Kementerian Pengangkutan bagi Tahun 2020/ 2021. iv. Aktiviti Ujian Personalti Indikator Perwatakan Unggul (IPU), JPA & Bengkel Pemantapan Pementoran a. Bengkel ini diadakalan pada 28 April 2021 (Rabu) secara atas talian (video conference) dan seramai 12 orang Menti telah menghadiri bengkel tersebut. b. Bengkel ini adalah satu usaha untuk membantu pegawai (Menti) mengembangkan potensi diri serta meningkatkan prestasi dalam organisasi. v. Bengkel Pemantapan Perhubungan Pementoran a. Bengkel ini diadakan pada 27 hingga 28 Mei 2021 (Khamis & Jumaat) secara atas talian. b. Bengkel bagi memberi pendedahan kepada mentor dan menti, perkongsian pengalaman untuk meningkatkan kompetensi diri dan memantapkan perhubungan pementoran. c. Pengisian adalah disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Syed Bismit daripada Petaminda Training Consultant. vi. Kad Terima Kasih/ Kad Motivasi a. Mentor akan menyediakan Kad Motivasi kepada Menti dan Menti juga menyediakan Kad Terima Kasih kepada Mentor masingmasing. vii. Sijil Penghargaan a. Sebagai tanda pengiktirafan, setiap mentor dan menti akan menerima Sijil Penghargaan Program Pementoran oleh YBhg. Datuk KSU setelah menamatkan Program Pementoran dengan jayanya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy