Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

39 b. Penyertaan pegawai dalam pementoran mestilah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pegawai pada tahun ia dinilai. viii. Anugerah Pementoran Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian dan Jabatan/ Agensi di bawah kementerian a. Jawatankuasa Panel Pemilihan (Memilih, Menilai & Menentukan) yang terdiri daripada Pengurus Sumber Manusia, Pegawai Psikologi dan Wakil Jawatankuasa Program Pementoran Agensi telah ditubuhkan. Terdapat sebanyak 9 orang Mentor dan Menti dalam senarai nama pendek. Sesi Pembentangan Aktiviti juga diadakan pada 24 Ogos 2021 jam 2.30 petang secara atas talian. Antara pemenang adalah seperti berikut: b. Anugerah Mentor Terbaik Nama : Encik Nazri Bin Abd. Aziz Jawatan : Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP32 c. Anugerah Menti Terbaik Nama : Encik Mohd Faris Bin Abd Hamid Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 d. Anugerah Pasangan Mentor dan Menti Terbaik Nama Mentor: Encik Mohd Ikmal Hisyam Bin Mohd Fuead Jawatan : Pegawai Tadbir & Diplomatik, M48 Nama Menti : Encik Muhammad Hisham Bin Mazlan Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 Secara keseluruhannya, Program Pementoran Tahun 2020/ 2021 di Kementerian Pengangkutan telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan peserta dan memberi impak yang positif kepada mentor dan menti serta organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy