Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

37 5. Ulasan (Keseluruhan) Penyelaras Kementerian: Program Pementoran bagi tahun 2020/ 2021 ini bermula pada Oktober 2020 dan dilanjutkan sehingga Bulan Mei 2021 atas sebab Pandemic Covid-19 yang berlaku. Seramai 12 orang mentor dan 12 orang menti yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Pelaksana di kalangan warga Kementerian dan Jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan telah melibatkan diri dalam program pementoran ini. Bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, aktiviti perhubungan pementoran antara mentor dan menti sepanjang Tahun 2020 hingga 2021 adalah digalakkan melalui komunikasi atas talian seperti virtual, telefon, e-mel dan Whatapps. Pelaporan berkala dan kajian impak pementoran ini juga adalah menggunakan Google Form yang membolehkan semua mentor dan menti dapat mengakses dokumen tidak kira di mana mereka berada. Dari segi pelaksanaan, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk membantu Menti meningkatkan keyakinan, potensi dan keupayaan pekerja melalui khidmat bimbingan, sokongan serta bantuan menghadapi krisis dalam pekerjaan dan pembangunan diri individu. Antaranya aktiviti ialah seperti berikut:- i. Kursus Training Of Trainers (TOT) secara atas talian pada 22 Oktober 2020. Pengisian Kursus Training Of Trainers (TOT) adalah disampaikan oleh Pegawai Psikologi Kementerian. a. Membantu Mentor dan Menti meningkatkan pengetahuan tentang pelaksanaan Program Pementoran dalam Perkhidmatan Awam. b. Memberi fokus kepada membina hubungan dan meningkatkan kemahiran dalam skop pekerjaan dan pembangunan kemahiran interpersonal antara Mentor dan Menti ii. Ulasan Buku a. Setiap Menti haruslah mengulas sebuah Buku/ Jurnal/ Kertas Persidangan/ Bahan Bacaan yang memberi motivasi kepada dirinya. b. Ulasan buku yang disediakan oleh Menti perlu mendapatkan pengesahan daripada Mentor masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy