Laporan Tahunan AKRAB 2021

4 AKRAB: SATU PENGENALAN PENDAHULUAN Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005. Rakan Pembimbing ini merupakan agen penggerak kepada perlaksanaan budaya kerja “Kelas Pertama” dalam Perkhidmatan Awam. Ia diwujudkan dengan tujuan menyediakan medium perantaraan untuk memberi peluang kepada pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di semua peringkat organisasi. Di samping itu, Rakan Pembimbing juga mempunyai visi sebagai penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia. AKRAB AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari dan merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang Rakan Pembimbing. Tanpa ciri-ciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi sebagai Rakan Pembimbing akan kurang keberkesanannya. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi Rakan Pembimbing, Pembimbing Rakan Sekerja, Pegawai Khidmat Nasihat, Pegawai Khidmat Kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai Rakan Pembimbing di agensi. Dengan perubahan ini, pegawai yang memainkan peranan sebagai Rakan Pembimbing di dalam Perkhidmatan Awam keseluruhannya dikenali sebagai AKRAB.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy