286 Pada 23 September 2021(Khamis) bermula jam 09:00 pagi hingga 11:00 pagi telah dianjurkan program Bengkel Penyediaan E-Book. Program pada kali ini telah menampilkan Encik Ahmad Salwan Abdul Wahab, ahli AKRAB Care USM merangkap Penolong Pendaftar Kanan CDAE USM sebagai penceramah. Program selama 2 jam ini telah disertai oleh ahli-ahli AKRAB Care dan Pegawai Psikologi USM yang berlangsung secara dalam talian menerusi apliksi Webex. Topik bagi siri kali ini bertujuan memberi pencerahan dan panduan kepada peserta dalam mempelajari dan mengetahui konsep dan kaedah menyediakan e-book dan pengisian ebook yang baik. Peserta juga didedahkan dengan kaedah penulisan dan rekaan muka depan e-book yang menarik dan kreatif. MESYUARAT DAN LAIN- LAIN Sepanjang tahun 2021, tiada sebarang mesyuarat dilaksanakan. Pencapaian Terbaik AKRAB Kementerian/ Jabatan/ SUK (Sekiranya ada contoh Anugerah. Boleh masukkan gambar untuk agensi dan individu sila nyatakan nama anugerah, bila disampaikan dll) TIADA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Cadangan penambahbaikan program AKRAB Care USM pada masa akan datang adalah untuk mengadakan program berbentuk CSR (Corporate Social Responsibility) di mana dapat melibatkan kerjasama dengan agensi atau industri luar. Program berbentuk ini membina jaringan dan hubungan baik di antara USM dengan agensi luar dalam menjayakan program berbentuk kemasyarakatan, peningkatan kemahiran dan sahsiah.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy