285 Cabaran Pandemik COVID-19”. Seminar Kebangsaan sulung tahun 2021 anjuran Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa berkaitan isu kesihatan mental, perkembangan psikologi anak-anak, kekeluargaan, integriti dan pengurusan krisis kepada warga Staf USM dan Orang Awam. Topik-topik perbincangan dalam seminar ini meliputi isu kekeluargaan, psikologi anakanak, belia, kesihatan mental, krisis dan kerjaya. Dalam seminar ini, terdapat tujuh (7) slot yang telah bersiaran secara langsung menerusi Facebook Perundingan dan Perkhidmatan Kaunseling Staf USM. Panel-panel jemputan adalah seramai 8 orang panel bagi 7 slot dan di antaranya adalah Slot Perdana yang menampilkan YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi. Program ini juga telah menampilkan ahli AKRAB Care sebagai moderator bagi beberapa slot. Program selama 2 hari ini telah menerima penyertaan seramai 1,250 orang dengan view di Facebook seramai 6,669 penonton, share 504 dan like 1,120. PROGRAM KEDUA Nama Program : Bengkel Penyediaan E-Book Tarikh : 23 September 2021 (Khamis) Penceramah : Encik Ahmad Salwan bin Abdul Wahab Penolong Pendaftar Kanan, CDAE USM & AKRAB Care USM POSTER PROGRAM BENGKEL PENYEDIAAN E-BOOK
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy