4. Bagi mendukung hasrat tersebut, Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam diperkenalkan sebagai kompas pembaharuan yang berperanan sebagai rujukan induk yang komprehensif dalam memperkukuh tadbir urus sektor awam. PELAKSANAAN 5. Pelaksanaan dasar dan panduan mengenai pembaharuan tadbiran awam akan dijelaskan melalui Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam dan Instrumen Operasi yang akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai rujukan dan panduan dalam memastikan pelaksanaan tadbir urus sektor awam berjalan lancar dan lebih efisyen bagi menjamin kesinambungan pembaharuan dalam sektor awam. Perincian berhubung dengan kaedah pelaksanaan pekeliling ini adalah seperti di Lampiran A. 6. Apa-apa pekeliling, surat pekeliling, garis panduan atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri sebelum berkuatkuasanya pekeliling ini hendaklah terus berkuatkuasa dan terus dilaksanakan melainkan dibatal dengan nyata melalui apa-apa pekeliling, surat pekeliling, garis panduan atau arahan lain yang berkuatkuasa. TADBIR URUS 7. JPA bertanggungjawab dalam menyediakan laporan pembaharuan tadbiran sektor awam kepada Ketua Setiausaha Negara dan pemantauan serta aktiviti tadbir urus agensi sektor awam melalui jawatankuasa bersesuaian di peringkat Persekutuan. Penglibatan aktif kerajaan negeri dan semua agensi sektor awam juga adalah penting bagi menjamin kelangsungan transformasi serta keselarasan pelaksanaan di setiap peringkat pentadbiran. TARIKH KUATKUASA 8. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan. PEMAKAIAN 9. Pekeliling ini terpakai bagi semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tertakluk pada penerimaannya oleh pihak berkuasa masingmasing, peruntukan pekeliling ini secara keseluruhannya diperluas pemakaiannya kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy