Elaun Dalam Perkhidmatan

 77 Bayaran Insentif Arahan Pertukaran Wilayah 4. Penentuan wilayah asal adalah berdasarkan perkara-perkara seperti berikut: (i) wilayah kelahiran ibu bapa pegawai sekiranya ibu dan bapa pegawai lahir di wilayah yang sama (ii) wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza; (iii) bagi pegawai yang ibu bapanya memperoleh taraf penduduk tetap atau warganegara Malaysia, wilayah asal mereka adalah merujuk kepada wilayah tempat tinggal ibu bapa pegawai berkenaan ketika memperoleh Kad Pengenalan Bertaraf Penduduk Tetap atau Sijil Warganegara Malaysia; (iv) wilayah kelahiran ibu atau bapa angkat bagi pegawai yang diambil sebagai anak angkat melalui pengangkatan yang sah; atau (v) kes-kes lain selain yang dijelaskan di perenggan (i) hingga (iv) di atas hendaklah dirujuk kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan. 5. Pegawai bertukar wilayah hendaklah mengisytiharkan wilayah asalnya semasa pertama kali dilantik ke dalam perkhidmatan awam menggunakan borang di Lembaran SR.8.1.2 (A46-1). Pengisytiharan ini hanya boleh dilakukan sebanyak sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan dan direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai; dan 6. Pegawai yang sedang dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa peraturan ini dan tidak pernah mengisytiharkan wilayah asalnya, pegawai boleh melakukan pengisytiharan apabila pegawai bertukar wilayah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy