Elaun Dalam Perkhidmatan
76 Lampiran SR.8.1.2 (A35) Bayaran Insentif Arahan Pertukaran Wilayah Tahun Pewujudan 1980 Objektif Dibayar kepada pegawai yang diarahkan bertukar wilayah bagi membantu pegawai mengurus keperluan diri serta keluarga di wilayah berkenaan. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun Syarat Kelayakan 1. Bayaran Insentif Arahan Pertukaran Wilayah (BIAPW) layak dituntut oleh pegawai apabila diarahkan bertukar kembali ke wilayah asalnya; 2. Bagi pasangan suami isteri yang bertukar ke wilayah yang sama, hanya seorang sahaja yang layak menuntut elaun ini berasaskan kepada pegawai yang menerima gaji hakiki yang lebih tinggi; 3. Pegawai bertukar wilayah iaitu pegawai yang berkhidmat di wilayah selain dari wilayah asalnya dalam keadaan-keadaan berikut: (i) pegawai yang berasal dari Sabah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sarawak atau Labuan; (ii) pegawai yang berasal dari Sarawak dan ditempatkan berkhidmat di Sabah, Semenanjung atau Labuan; (iii) pegawai yang berasal dari Semenanjung dan ditempatkan berkhidmat di Sarawak, Sabah atau Labuan; atau (iv) pegawai berasal dari Labuan dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sabah atau Sarawak.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy