Elaun Dalam Perkhidmatan

 57 Elaun-elaun Kerana Bertukar dan Berpindah (iv) Pegawai dimaklumkan bahawa Kerajaan adalah tidak bertanggungjawab walau dalam apa-apa bentuk pun sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kehilangan atau kesusutan nilai kepada kenderaan atas sebab-sebab bertukar dan berpindah rumah berkenaan. ii) Tuntutan elaun berpindah dari rumah sewa sendiri/tumpangan ke rumah yang dibeli melalui skim pinjaman perumahan kerajaan dan berpindah rumah atas keadaan di luar kawalan a) Ketua Jabatan boleh menimbang dan meluluskan tuntutan elaun berpindah rumah disebabkan oleh dua (2) keadaan iaitu berpindah ke rumah yang dibeli melalui skim pinjaman perumahan Kerajaan dan berpindah rumah atas keadaan di luar kawalan tanpa tertakluk kepada syarat berpindah rumah dalam stesen yang sama atau satu lingkungan kawasan 33 km dari tempat bertugas. b) Ketua Jabatan hendaklah memastikan: (i) rumah dibeli melalui kemudahan pinjaman perumahan Kerajaan dan pegawai hendaklah mendiami rumah tersebut secara tetap; (ii) pegawai berpindah rumah secara tetap dalam keadaan di luar kawalan seperti berikut: (a) bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, rumah runtuh dan sebagainya; atau (b) pengambilan balik tanah, termasuk tapak rumah, oleh Kerajaan atau pihak lain yang dibenarkan oleh Kerajaan. (iii) Kemudahan tuntutan elaun berpindah ke rumah yang dibeli melalui skim

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy