Elaun Dalam Perkhidmatan

 56 Lampiran SR.8.1.2 (A21) Elaun-elaun Kerana Bertukar dan Berpindah Tahun Pewujudan 1974 Objektif Memastikan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran kepada pegawai perkhidmatan awam yang bertukar atau berpindah rumah dalam negeri dilaksanakan mengikut Perintah Am Bab B Tahun 1974, Pekeliling Perbendaharaan dan surat edaran yang berkaitan. Kriteria Bayaran Balik Perbelanjaan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun. Syarat Kelayakan 1. Rujuk syarat Pekeliling Perbendaharaan WP1.2 : Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam kerana Bertukar/ Berpindah Rumah; 2. Dalam keadaan: i) Tuntutan Mengangkut Kenderaan Bukan Milik Sendiri a) Ketua Jabatan hendaklah memastikan: (i) Pegawai mengesahkan kenderaan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan selamat; (ii) Sekiranya pemilik kenderaan yang sah ada membuat tuntutan elaun dan kemudahan kerana bertukar dan berpindah rumah, termasuk tambang mengangkut kenderaan ke atas kenderaan yang sama sepanjang tempoh yang sama, maka tuntutan pegawai yang mengangkut kenderaan bukan milik sendiri itu tidak layak dipertimbangkan; (iii) Setiap permohonan tuntutan perlu mendapat sokongan Ketua Jabatan di pejabat baharu di mana pegawai itu diarah bertukar; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy