Elaun Dalam Perkhidmatan

 32 Bayaran Insentif Tugas Jurubahasa di Mahkamah senarai rekod peperiksaan berkenaan yang dikendalikan setiap tahun. 2. Jurubahasa yang telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja boleh menduduki peperiksaan bahasa atau loghat. Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan Ketua Jabatan hendaklah mengesahkan bahawa setiap Jurubahasa yang memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: (i) telah disahkan dalam perkhidmatan; (ii) mempunyai prestasi yang baik; dan (iii) tambahan bahasa atau loghat yang dipohon adalah perlu dan berguna dalam kerja harian Jurubahasa berkenaan. 3. Jurubahasa yang dilantik selepas 1 Oktober 2002, boleh mengumpul tiga (3) bahasa atau loghat bagi Elaun Bahasa Berpencen, manakala untuk bahasa atau loghat yang seterusnya diberi dengan taraf tidak berpencen; 4. Jurubahasa yang menikmati lebih daripada tiga Elaun Bahasa Berpencen sebelum 1 Oktober 2002, hanya layak dibayar Elaun Bahasa Berpencen atas kadar terkini untuk tiga (3) bahasa atau loghat pertama yang diperolehi. Elaun Bahasa Berpencen selebihnya yang diterima sebelum ini hendaklah terus dibayar atas kadar sebelum 1 Oktober 2002; 5. Mahkamah yang dimaksudkan adalah Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Syariah, Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Buruh dan Mahkamah Kuasa Tempatan; dan 6. Elaun ini akan diambil kira sebagai tambahan kepada gaji hakiki jika Jurubahasa bertukar skim perkhidmatan dalam pelarasan gajinya kepada gaji skim perkhidmatan baru.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy