Elaun Dalam Perkhidmatan

 31 Lampiran SR.8.1.2 (A9) Bayaran Insentif Tugas Jurubahasa di Mahkamah Tahun Pewujudan 1957 Objektif Menjamin perkhidmatan penterjemahan bahasa dilaksanakan dengan betul dan tepat di mahkamah. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan Layak dibayar kepada: 1. Jurubahasa yang lulus peperiksaan bahasa atau loghat selain daripada bahasa atau loghat yang disyaratkan untuk pelantikan kepada skim perkhidmatan Jurubahasa serta berkhidmat di mahkamah yang dikehendaki menjalankan tugas sebagai Jurubahasa; dan 2. Jika Ketua Jabatan mendapati pegawai gagal mengekalkan kecekapan penguasaan bahasa atau loghat sepertimana yang dikehendaki, pegawai berkenaan boleh dikehendaki menduduki semula peperiksaan dalam bahasa atas loghat berkenaan. Kegagalan dalam peperiksaan semula akan menyebabkan elaun ini diberhentikan sehingga lulus semula peperiksaan tersebut. Kadar 1. Kadar adalah seperti di Lembaran SR.8.1.2 (A9-1). 2. Dibayar mulai bulan berikutnya selepas tarikh keputusan peperiksaan dengan syarat lulus keseluruhan peperiksaan bagi bahasa atau loghat tersebut. Agensi 1. Pejabat Ketua Mahkamah Persekutuan 2. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 3. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Catatan 1. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan bahasa dan loghat serta menyimpan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy