Elaun Dalam Perkhidmatan

 23 Lampiran SR.8.1.2 (A5) Bayaran Insentif Kemahiran (Jabatan Penjara Malaysia) Tahun Pewujudan 1953 Objektif Memastikan tugas ketukangan dikendalikan oleh pegawai yang berkelayakan dan mematuhi prosedur. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan; 2. Dibayar kepada Pegawai Penjara Gred KA1, KA2 dan yang bertugas sebagai: (i) Pengajar kepada banduan; (ii) Pegawai Amra; dan (iii) Pembantu Pegawai Perubatan. 3. Dibayar kepada Pegawai Penjara Gred KA2 dan KA3 yang mengisi gred kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) dan menjalankan tugas seperti di Perenggan 2(i), (ii) atau (iii); dan 4. Memiliki sijil kemahiran atau kelayakan dan menjalankan tugas mengikut kemahiran berkaitan seperti di Lembaran SR.8.1.2 (A5-1) . Kadar Kadar berdasarkan kelayakan seperti di Lembaran SR.8.1.2 (A5-1) . Penerima Jabatan Penjara Malaysia Catatan Sebarang perubahan pada bidang kemahiran perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy