Elaun Dalam Perkhidmatan

 22 Lampiran SR.8.1.2 (A4) Bayaran Insentif Pencegah Tahun Pewujudan 1950 Objektif Memastikan tugas penguatkuasaan dan pematuhan akta serta perundangan kastam dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada pegawai kastam yang berkhidmat di Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Pematuhan dan Tim Nukleus Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam/ Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA), Jabatan Kastam Diraja Malaysia; dan 2. Melaksanakan tugas penguatkuasaan dan pematuhan akta serta perundangan kastam. Kadar 1. RM300.00 sebulan; dan 2. Kadar tambahan sebanyak RM200.00 sebulan kepada Tim Nukleus Pasukan COBRA, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Penerima Jabatan Kastam Diraja Malaysia Catatan Pemberian Bayaran Insentif Pencegah kepada Tim Nukleus Pasukan COBRA, Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah secara bertempoh iaitu mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy