Elaun Dalam Perkhidmatan
174 Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan 6. Pegawai yang menerima BIMLTK dan EBK tidak layak diberikan Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan kemudahan Tambang Ziarah Wilayah (TZW); dan 7. Mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan BIMLTK yang ditetapkan oleh Kementerian masing-masing. Syarat kelayakan khusus bagi KPM: Dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Kumpulan Pelaksana yang berkhidmat di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman BIMLTK. Syarat Kelayakan khusus bagi KKM: Dibayar kepada petugas-petugas KKM yang berkhidmat di klinik-klinik di kawasan pedalaman BIMLTK. Syarat Kelayakan khusus bagi KDN: 1. Dibayar kepada pegawai di pejabat-pejabat agensi/Jabatan di bawah KDN iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM); dan 2. Hanya melibatkan fasiliti KDN yang berhampiran dengan sekolah di bawah KPM dan/atau klinik di bawah KKM yang menerima BIMLTK. Kadar Kawasan Kadar Sebulan (RM) Pedalaman 3 1,500.00 Pedalaman 2 1,000.00 Pedalaman 1 500.00 Penerima 1. Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Kementerian Kesihatan Malaysia 3. Kementerian Dalam Negeri (PDRM, JIM, JPN, RELA)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy