Elaun Dalam Perkhidmatan
173 Lampiran SR.8.1.2 (A77) Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan Tahun Pewujudan 2007 Objektif Menggalakkan pegawai untuk berkhidmat di kawasan pedalaman berdasarkan penentuan lokasi dan tahap kesusahan. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Diarah secara bertulis dan ditempatkan di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau pejabat-pejabat agensi/ Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di kawasan pedalaman Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (BIMLTK); 2. Kawasan dan kategori pedalaman adalah diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Pemantauan Kementerian masing-masing berdasarkan kriteria mod pengangkutan, risiko perjalanan, utiliti, kediaman, sanitasi, telekomunikasi, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan serta kemudahan lain. Senarai kawasan dan kategori pedalaman yang menerima BIMLTK perlu dirujuk di Kementerian masing-masing; 3. Berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) bulan di kawasan pedalaman BIMLTK; 4. Pegawai yang menerima BIMLTK turut dibayar Elaun Balik Kampung (EBK*) mengikut kelayakan perjalanan pegawai semasa bertugas rasmi. Kemudahan EBK diberi sekali setahun dan hanya layak setelah pegawai berkhidmat sekurang- kurangnya enam (6) bulan di kawasan pedalaman tersebut; 5. Bagi suami isteri yang bertugas di kawasan pedalaman BIMLTK, kedua-dua pegawai layak dibayar BIMLTK;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy