Elaun Dalam Perkhidmatan
144 Lembaran SR.8.1.2 (A63-1) Perincian Tugas Pengurusan Stor Bil. Tugas Perincian Tugas 1. Kawalan Stok i. Mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut paras-paras stok tertentu serta menyediakan pesanan (rekuisisi) bagi penokokan stok. Mengurus rekod yang sistematik dalam daftar stok mengikut kod dan menyelenggara katalog barang-barang. ii. Melaksanakan pemeriksaan stok (pengiraan fizikal) berkala ke atas semua jenis barang dan menyelaras dengan rekod-rekod stok. iii. Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap barang-barang stor. 2. Penstoran i. Mengurus hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna. ii. Menguruskan hal ehwal pembungkusan, pengangkutan dan penghantaran barang-barang ke destinasi tertentu. iii. Mengurus, mengemaskini dan memantau semua akaun berhubung dengan kawalan stok, kawalan kerja dan kawalan kewangan bagi stor-stor tidak beruntuk ( unallocated stores ).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy