Elaun Dalam Perkhidmatan
143 Lampiran SR.8.1.2 (A63) Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor Tahun Pewujudan 1999 Objektif Memastikan tugas pengurusan stor dilaksanakan dengan cekap dan teratur mengikut tatacara yang berkuat kuasa. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dalam bidang kawalan stok dan penstoran; 2. Pegawai boleh dibayar mulai daripada tarikh pegawai diarah menjalankan tugas pengurusan stor oleh Ketua Jabatan; dan 3. Bidang tugas pengurusan stor adalah seperti di Lembaran SR.8.1.2 (A63-1). Kadar Bil. Kelayakan Kadar Sebulan (RM) 1. Pegawai yang memiliki kelayakan* yang diiktiraf 80.00 2. Pegawai yang tidak memiliki kelayakan* yang diiktiraf 40.00 *kelayakan - sijil atau slip keputusan peperiksaan Penerima Semua Kementerian/Jabatan/Agensi Catatan Bagi pegawai yang sedang menerima Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS) pada kadar RM40.00 sebulan, kemudiannya menduduki dan lulus peperiksaan BITPS yang dikendalikan oleh JPA, pegawai layak dibayar pada kadar RM80.00 sebulan mulai bulan berikutnya setelah tarikh keputusan peperiksaan tersebut dikeluarkan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy