Elaun Dalam Perkhidmatan

 129 Bayaran Insentif Tugas Kewangan Kadar Bil. Tahap Kecekapan /Kederasan Kadar Sebulan (RM) 1. Pegawai yang telah lulus peperiksaan kewangan yang dikendalikan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau memiliki kelayakan akademik sebagaimana diperuntukkan dalam skim perkhidmatan Akauntan atau Penolong Akauntan 80.00 2. Pegawai yang belum lulus peperiksaan kewangan yang dikendalikan oleh JANM atau tiada kelayakan akademik sebagaimana diperuntukkan dalam skim perkhidmatan Akauntan atau Penolong Akauntan 40.00 Pegawai yang layak dibayar Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang berikut: 1. bagi Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menjalankan tugas pengurusan kewangan, BITK dibayar mulai tarikh penempatan pegawai di jawatan yang melaksanakan tugas pengurusan kewangan sepenuh masa; 2. bagi pegawai dalam skim perkhidmatan lain di Gred 4 dan ke bawah, BITK dibayar mulai tarikh pegawai diarah menjalankan tugas pengurusan kewangan secara sepenuh masa; dan 3. pemberian BITK pada kadar RM80.00 sebulan adalah pada keadaan seperti berikut: (i) pegawai yang telah memiliki kelayakan akademik sebagaimana diperuntukkan dalam skim perkhidmatan Akauntan atau Penolong Akauntan semasa dilantik, layak dibayar BITK pada kadar RM80.00 sebulan mulai tarikh pegawai diarah menjalankan tugas pengurusan kewangan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy