Elaun Dalam Perkhidmatan
128 Lampiran SR.8.1.2 (A62) Bayaran Insentif Tugas Kewangan Tahun Pewujudan 1999 Objektif Memastikan tugas pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap dan teratur secara sepenuh masa. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menjalankan tugas pengurusan kewangan secara sepenuh masa ; dan 2. Pegawai Pengawal boleh memberi pertimbangan khas kepada pegawai-pegawai selain daripada Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) untuk menjalankan tugas pengurusan kewangan. Pegawai- pegawai tersebut adalah seperti berikut: (i) Pegawai dalam skim perkhidmatan lain di Gred 4 dan ke bawah dengan syarat jawatan tersebut telah ditetapkan untuk menjalankan tugas pengurusan kewangan sepenuh masa tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; dan (ii) Pegawai dalam skim perkhidmatan lain di Gred 4 dan ke bawah yang ditempatkan bertugas di pejabat kecil dengan syarat jawatan tersebut telah ditetapkan untuk menjalankan tugas pengurusan kewangan selain menjalankan tugas hakikinya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy