Elaun Dalam Perkhidmatan
125 Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu 3. Pembantu Khidmat Am/ Pegawai Bomba Gred KB1 yang tidak dikhususkan memandu kenderaan seperti di atas tetapi diarahkan untuk memandu kenderaan tersebut pada masa-masa tertentu layak dibayar elaun ini secara pro rata. Kadar RM150.00 sebulan Pembayaran secara pro rata: 1. Tempoh empat (4) jam adalah dikira mulai dari Pembantu Khidmat Am/ Pegawai Bomba Gred KB1 memandu kenderaan sehingga selesai tugasnya, meliputi tempoh menunggu kerana menjalankan tugas rasmi yang ada kaitan dengan tugas hakikinya atau Jabatannya atau pegawai yang dibawanya. 2. Dalam keadaan Pembantu Khidmat Am/ Pegawai Bomba Gred KB1 yang tidak dikhususkan dan bertugas secara syif atau atas panggilan ( oncall ), bilangan hari menjalankan tugas adalah merujuk kepada giliran bertugas Pembantu Khidmat Am/ Pegawai Bomba Gred KB1 tersebut. Ini bermakna satu giliran bertugas bagi Pembantu Khidmat Am/ Pegawai Bomba Gred KB1 tersebut adalah dikira sebagai satu hari bertugas. 3. Jurulatih/ Tenaga Pengajar di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia yang memandu kenderaan JBPM melebihi 5,000kg dan kenderaan EMRS bagi tujuan pemadaman dan penyelamatan sahaja. 4. Borang tuntutan adalah seperti di Lembaran SR.8.1.2 (A60-1). Penerima Semua Kementerian/Jabatan/Agensi C atatan Pemberian kepada Tim Nukleus COBRA, JKDM adalah terhad kepada dua (2) perjawatan Pembantu Khidmat Am yang dipindahkan dari Bahagian Penguatkuasaan, JKDM.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy