Elaun Dalam Perkhidmatan

 124 Lampiran SR.8.1.2 (A60) Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu Tahun Pewujudan 1997 Objektif Memastikan Pembantu Khidmat Am yang diberikan tanggungjawab khas pemanduan melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Kriteria Tanggungjawab tambahan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Pembantu Khidmat Am yang dikhususkan memandu termasuk menjaga, menyelenggara dan menguruskan kenderaan seperti berikut: (i) Kereta rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas; (ii) Ambulans atau apa-apa kenderaan yang memenuhi spesifikasi ambulans yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana pihak yang berautoriti; (iii) Kenderaan/ Jentera dengan Berat Tanpa Muatan (BTM) yang melebihi 5,000 kilogram; atau (iv) Kenderaan di Bahagian Penguatkuasaan dan Tim Nukleus Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam / Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pemandu terlibat secara langsung dengan tugas operasi mencegah penyeludupan. 2. Pegawai Bomba Gred KB1 yang memandu kenderaan JBPM dan melebihi 5,000 kilogram dan kenderaan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) bagi tujuan pemadaman dan penyelamatan sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy