Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 8 “ pegawai ” ertinya pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; “ Pegawai Yang Dinilai (PYD) ” ertinya pegawai yang mempunyai hubungan kerja dan diselia secara langsung oleh Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Penilai Semula (PPS); “ Pegawai Penilai (PP) ” ertinya pegawai yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan untuk menilai pegawai dan mempunyai hubungan kerja serta menyelia Pegawai Yang Dinilai (PYD) secara langsung; “ Pegawai Penilai Pelbagai Peringkat (P3P) ” ertinya pegawai di jawatan lebih tinggi, setara atau lebih rendah yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD sama ada pegawai tersebut bertugas di jabatan yang sama atau jabatan yang berlainan; “ Pegawai Penilai Semula (PPS) ” ertinya pegawai yang mempunyai hubungan kerja dan menyelia PP secara langsung atau mana-mana PP lain yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD; “ perkhidmatan awam ” ertinya perkhidmatan awam Persekutuan, iaitu perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am Persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pendidikan menurut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan; dan “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy