Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia
7 “ jabatan ” termasuklah— (i) sesuatu Kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan; (iii) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan (iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “ kamus kompetensi ” ertinya senarai takrifan kriteria, elemen dan tahap yang perlu dikuasai oleh seseorang pegawai mengikut tahap kompetensi yang telah ditetapkan; “ Ketua Jabatan ” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “Ketua Perkhidmatan” ertinya pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Perkhidmatan; “ kompetensi ” ertinya pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau tingkah laku yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab; “ kompetensi fungsian ” ertinya set pengetahuan, kemahiran dan/ atau tingkah laku yang perlu dimiliki oleh pegawai untuk menyempurnakan tugas di sesuatu jawatan dengan jayanya; “pembangunan kompetensi” ertinya pendekatan yang dirancang dan dilaksana secara sistematik bagi meningkatkan kompetensi pegawai;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy