Penempatan dan Pengisian

 32 UP.2.2.2 Urusan penempatan 7. Urusan penempatan hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) JPA akan mengeluarkan surat kepada Kementerian atau Pentadbiran Negeri bagi urusan: (i) penempatan pegawai lantikan pertama atau seterusnya; atau (ii) penempatan pegawai berikutan daripada pemangkuan atau kenaikan pangkat; dan (b) Kementerian atau Pentadbiran Negeri akan mengeluarkan surat penempatan dalaman pegawai untuk mengisi kekosongan jawatan sama ada di peringkat Kementerian atau Pentadbiran Negeri atau di Jabatanjabatan di bawah Kementerian atau Pentadbiran Negeri berkenaan. Contoh format urusan penempatan adalah seperti di Lampiran UP.2.2.2(B). Urusan pertukaran 8. JPA akan mengeluarkan surat kepada Kementerian atau Pentadbiran Negeri bagi urusan pertukaran antara Kementerian/ Pentadbiran Negeri. Kementerian atau Pentadbiran Negeri akan mengeluarkan surat pertukaran dalaman pegawai untuk mengisi kekosongan jawatan sama ada di peringkat Kementerian atau Pentadbiran Negeri atau di Jabatan-jabatan di bawah Kementerian atau Pentadbiran Negeri berkenaan. 9. Urusan pertukaran dalaman Kementerian atau Pentadbiran Negeri hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) Pertukaran dalaman boleh dilaksanakan berdasarkan kepentingan perkhidmatan atau permohonan pegawai; dan (b) Kementerian atau Pentadbiran Negeri akan mengeluarkan surat pertukaran dalaman pegawai untuk mengisi kekosongan jawatan sama ada di peringkat Kementerian atau Pentadbiran Negeri atau di Jabatan-jabatan di bawah Kementerian atau Pentadbiran Negeri berkenaan. Contoh format urusan pertukaran adalah seperti Lampiran UP.2.2.2(C).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy